Selasa, 23 Desember 2008

Masjid Kg. Durian Guling

Masjid Kg. Durian Guling
Masjid ini terletak di Kampung Durian Guling. Terletak bersebelahan dengan jalan utama yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Berang. Lokasi yang strategik ini menyenangkan para musafir untuk singgah menunaikan solat. Kawasan yang menarik di samping kawasan letak kereta yang luas menyenangkan para musafir.
Kemudahan bilik air dan tandas yang bersih membuktikan yang pihak pengurusan masjid melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Semoga setiap masjid mampu untuk menjadi yang terbaik seperti yang dianjurkan oleh agama.

Masjid Al - Iklas


MASJID AL - IKLAS
Masjid ini terletak berhampiran jalan yang menghubungkan Pekan Batu 6 dan Pekan Manir. Berdekatan dengan Jalan Kelantan. Amat memudahkan kita untuk singgah menunaikan solat. Mempunyai kawasan letak kereta yang luas.
Landskap persekitaran masjid ini juga cantik dan menyenangkan. Tandas dan kemudahan yang disediakan juga bersih dan kemas. Tempat rehat untuk mereka yang ingin berehat juga ada disediakan.
Warna masjid yang ceria juga menambahkan lagi keceriaan untuk singgah dan mengabdikan diri pada Allah swt. Semoga masjid dapat menjadi pemangkin ikatan ummah.

Kamis, 27 November 2008

MASJID LUBUK PERIUK
Masjid ini terletak di tepi jalan untuk ke tempat rekreasi Belukar Bukit. Lokasi masjid ini agak unik kerana terletak berhampiran dengan kawasan sawah padi. Malangnya pertanian sawah padi ini sudah tidak diusahakan lagi. Masjid ini mudah untuk dilihat kerana dapat di lihat dalam jarak yang jauh. Perkarangan masjid ini sangat luas, memudahkan untuk meletak kenderaan. Agak mengecewakan kerana terdapat banyak longgokkan najis haiwan ternakkan di jalan raya berdekatan dengan masjid ini. Adalah diharapkan agar penduduk setempat lebih bertanggungjawab sekiranya memiliki haiwan ternakkan.

MASJID KAMPUNG PENEH

Masjid ini terletak di tepi jalan untuk ke pusat peranginan Belukar Bukit. Masjid ini agak sederhana besarnya tetapi agak unik dilihat. Kawasan di perkarangan masjid bersih dan menyenangkan. Para jemaah di masjid ini juga peramah. Mudah bertegur sapa dan bertanya khabar. Masyarakat di kampung ini hidup dalam suasana bermasyarakat. Semoga ikatan ukhwah terus terlaksana dalam masyarakat kampung ini.

Rabu, 15 Oktober 2008

MASJID KG. TOK RANDOK

Masjid ini terletak lebih kurang 5km dari Pekan Ajil. Kita akan bertemu dengan masjid ini di dalam perjalanan menuju ke Kuantan. Masjid ini agak unik kerana suasana persekitarannya. Walaupun terletak berhampiran jalan utama namun suasana kedamaian dan ketenangan menyelubungi suasana di dalam masjid ini. Air kolah yang sangat dingin amat sesuai untuk dijadikan penyegar mata untuk menambahkan semangat dalam pemanduan kita. Para jemaah yang sentiasa ramah dan mudah tersenyum menambahkan lagi semangat persaudaraan sesama Islam. Kemudahan

Minggu, 24 Agustus 2008


MASJID KAMPUNG UNDANG

Masjid ini terletak di Kampung Undang. Kerana inilah aku menamakannya Masjid Kampung Undang.Masjid ini amat menarik minatku kerana senibinanya yang unik.Ianya pula terletak di tepi jalan utama dalam kampung ini.Ada pasar pagi pada hari tertentu yang diadakan bersebelahan dengan masjid ini.Harinya aku tidak pasti.Harapanku agar masjid ini senantiasa dikunjungi oleh anak kariahnya untuk menunaikan ibadah kepada Allah swt.

Minggu, 03 Agustus 2008


Masjid Kuala Berang
Masjid ini aku namakan Masjid Kuala Berang kerana lokasinya di tengah - tengah bandar Kuala Berang. Masjid ini merupakan masjid daerah untuk daerah Hulu Terengganu. Masjid ini merupakan di antara masjid tercantik dalam daerah ini.
MASJID TERAPUNG
Masjid ini terletak di Kuala Ibai, Terengganu. Masjid ini aku anggap unik kerana di bina di atas permukaan tasik. Masjid ini terletak juga di kawasan yang sangat strategik iaitu berhampiran dengan Pusat Bandar. Kedudukan masjid ini mengadap Laut China Selatan. Masjid ini juga berhampiran dengan tempat beriadah yang sesuai untuk orang yang bekeluarga.